Tutup

Siasatan kematian Adib selesai, butiran semasa inkues - Noor Rashid

Polis Diraja Malaysia sudah lengkapkan kertas siasatan susulan kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kertas siasatan tersebut telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.