Tutup

Siasatan kes Adib masih berjalan, tiada individu baharu dipanggil

Polis masih lagi menjalankan siasatan kes kematian anggota bomba, muhammad Adib Mohd Kassim yang terkorban selepas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lalu. Bagaimanapun, menurut Ketua Penolong Pengarah bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid, setakat ini, tiada invididu baharu dipanggil atau dikesan bagi membantu siasatan.