Tutup

Siasatan kes berprofil tinggi perlu keberanian

Siasatan kes rasuah berprofil tinggi tidak begitu rumit untuk diselesaikan namun memerlukan keberanian dan intergriti yang tinggi. Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lateefah Koya, ada kes rasuah yang terhenti di peringkat pendakwaan kerana tidak ada yang sanggup meneruskannya.