Tutup

Siasatan kes Nora Anne tidak pernah dihentikan

Polis tidak pernah sama sekali menghentikan siasatan berhubung kematian remaja istimewa warga Ireland Nora Anne Quoirin. Malah menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata laporan bedah siasat ke atas gadis malang itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.