Tutup

SIBS 2019 sasar kerjasama perniagaan tempatan dan luar negara

Menjadi salah satu penaja bagi sidang kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor SIBS 2019, syarikat pengurusan logistik terkemuka, PKT Logistics Group Sdn Bhd mensasarkan peningkatan kerjasama perniagaan tempatan dan luar negara. Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan PKT Logistics, Datuk Michael Tio, kemudahan infrastruktur dan landskap perniagaan yang ada di Selangor sememangnya menjadi daya penarik bagi pelabur luar negara untuk melabur di negeri itu.