Sidang Kemuncak ASEAN ke-33

Singapura bakal menjadi medan pertemuan pemimpin-pemimpin dari 10 negara ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 yang bakal membuka tirai secara rasmi pada Selasa. Selain Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN lain, beberapa pemimpin negara kuasa besar telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke kota raya singa itu. Untuk laporan lanjut kita bersama wartawan Asyraf Hasnan yang berkampung di kota singa bagi sidang berkenaan.