Tutup

Sidang Kemuncak NAM penting bagi Malaysia

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tiba di Baku, Azerbaijan hari ini bagi menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) 2019. Sidang Kemuncak NAM akan berlangsung dari 25 hingga 26 Oktober ini, dan kami di Astro awani akan membawa laporan yang terperinci dan menyeluruh. Tetapi apa signifikan sidang ini kepada Malaysia? Bersama kami di talian sekarang adalah Penganalisis Politik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid.