Sidang khas di Istana Abu Bakar Pahang esok

Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran beberapa kali sebelum Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja Pahang, yang dipengerusikan Pemangku Raja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tamat sepenuhnya. Agenda utama mesyuarat itu difahamkan bagi melantik baginda sebagai Sultan Pahang yang baharu, menggantikan ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini sedang gering.