Tutup

Sidang Media Cawangan Khas Bukit Aman: Lima lagi suspek ditahan kaitan kumpulan LTTE

Lima lagi suspek ditahan susulan dipercayai terlibat dengan perjuangan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka didakwa mempromosikan, menyokong,memiliki bahan dan mengagihkan dana yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak itu.