Sidang media khas MB Johor: Datuk Osman Sapian selepas hantar surat letak jawatan kepada DYMM Sultan Johor

Datuk Osman Sapian serah surat peletakan jawatan kepada DYMM Sultan Johor tepat pada jam 10.30 pagi Sabtu. Beliau pada masa sama mengesahkan bahawa DYMM Sultan Johor menetapkan beberapa syarat tertentu kepada calon Menteri Besar baharu. Ikuti Sidang media khas MB Johor yang diadakan di Pejabat Pakatan Harapan Johor.