Sikap amanah angkat Mohd Nazli jadi ikon Pos Malaysia

Kemalangan yang dialami seorang posmen di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak pernah mematahkan semangat beliau, sebaliknya menguatkan azam melaksanakan tugas dengan lebih baik. Menurut Mohd Nazli Mohd Idris, kemalangan yang berlaku adalah sebahagian risiko bertugas sebagai posmen dalam memastikan surat atau bungkusan milik pelanggan sampai kepada penerimanya.