Video  | 

Sinar baru di sebalik tirai besi

Sebut sahaja 'penjara' pastinya terasa gerun membayangkan tirai besi yang mengurung pesalah yang melakukan perbuatan melanggar undang-undang. Namun, apakan harapan bagi banduan yang dikurung sepanjang hari serta menerima hukuman sewajarnya atas tindak tanduk yang dilakukan, melihat masa depan mereka? Atau masihkah ada harapan buat mereka untuk diterima semula oleh masyarakat, selepas keluar dari tembok batu yang menjadi rumah mereka selama bertahun-tahun. Ikuti luahan beberapa banduan penjara kajang kepada wartawan, Tan Su Lin.