Sindiket buru, jual hidupan liar terlindung akhirnya tumpas

Satu sindiket pemburuan dan penjualan hidupan liar yang aktif dan menjadi buruan agensi penguatkuasaan sejak tahun 2009 berjaya ditumpaskan. Ia berikutan kejayaan menangkap empat lelaki termasuk seorang pekerja kontrak di Institut Perhutanan Malaysia dalam satu operasi di kawasan hutan Gerik, Perak sejak Ahad hingga semalam.