Tutup

Sindiket curi kereta lama tumpas

Polis menumpaskan sindiket mencuri kenderaan model lama dengan penangkapan 12 lelaki termasuk tiga warga asing. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, semua suspek berusia 24 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan di bengkel di Serendah, Hulu Selangor, Rabu lepas.