Tutup

Sindiket dadah '3-in-1' dibongkar polis Perak

Polis Perak berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah yang dibungkus sebagai pelbagai jenis minuman segera seperti jus buah-buahan, minuman coklat, teh dan minuman tiga dalam satu. Taktik itu berjaya dikesan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak yang membuat serbuan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM753 ribu di Kampung Simee, Ipoh pada Rabu.