Sindiket dadah berjumlah RM144.9 juta tumpas

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 1.5 tan dan dianggarkan bernilai RM144.9 juta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hasil serbuan di sebuah rumah teres dan dua kondominium di sekitar Kuala Lumpur itu juga menyaksikan penangkapan sembilan individu.