Sindiket jual baja subsidi, untung lumayan

Baja subsidi nyata memberi pulangan lumayan kepada sindiket yang dipercayai menjual semua baja secara runcit kepada orang ramai. Aktiviti itu terbongkar apabila 10 anggota penguatkuasa KPDNHEP Kedah merampas 2,644 beg baja urea dan baja sebatian bersubsidi yang disimpan secara haram di Sanglang dan Air Hitam.