Sindiket jual sijil cuti sakit palsu tumpas

Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan sijil cuti sakit dengan penangkapan empat lelaki. Aktif sejak setahun lalu di sekitar Johor Bahru, sindiket tersebut guna nama dan cop palsu daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA).