Singapura tarik balik ILS, Malaysia gantung kawasan larangan

Dengan semangat kerjasama bilateral, Singapura bersetuju menarik balik pelaksanaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar manakala Malaysia pula menggantung Penguatkuasaan Kawasan Larangan (RA) kekal ruang udara Pasir Gudang. Persetujuan itu digariskan dalam kenyataan bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan rakan sejawatannya dari Singapura Khaw Boon Wan.