Singapura tidak terjejas dengan pencemaran bahan kimia

Singapura berkata mereka tidak terjejas dengan pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata, kawasan terlibat berada di luar kawasan tadahan sungai Johor dan tidak ada sebarang kesan terhadap bekalan air di republik itu.