Tutup

Sirhajwan, guru cemerlang harumkan nama negara mahu tonjol sisi positif

Ketibaan Sirhajwan Idek, 29 tahun seorang guru Kolej Vokasional Keningau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) malam ini disambut bak perwira negara oleh lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, pelajar dan rakan-rakan sejawatnya. Sirhajwan, anak kelahiran dari Kota Belud itu mengharumkan nama negara selepas mencipta sejarah apabila menjadi pemenang Anugerah Award for Citizenship Global Educational Supplies and Solutions (GESS) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, pada Rabu.