Siri Debat Awam IIUM: Perkahwinan bawah umur Menteri Besar, Ketua Menteri tidak akan bertanggungjawab - Dr Afif

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa yang terjadi kepada kanak-kanak yang berkahwin bawah umur.