Sistem DKK beri jaminan keselamatan kanak-kanak

Sistem semakan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam daftar kanak-kanak memerlukan langkah proaktif daripada semua pihak. Menurut Pakar Undang-Undang Kanak -Kanak, Wanita dan Keluarga UKM, Prof Datuk Dr Noor Aziah Mohd Awal, ini penting untuk memastikan kanak-kanak dapat dilindungi dengan baik sekiranya sistem pencegahan seperti ini dapat dikuat kuasakan dengan baik.