Tutup

Sistem pengurusan sisa pepejal sistematik di luar bandar

Kedudukannya agak terpencil dan jauh dari bandar Namun, Taman Sejahtera Rakyat, Sungai Toh Pawang dekat Bedong, Kedah ini bakal mempunyai sistem pengurusan sisa pepejal bersistematik. Pelupusan sampah itu merupakan projek perintis bagi kawasan luar bandar pertama yang menjadikan pelupusan sampah sebagai pusat sehenti kitar semula.