Sistem PGB PTPTN dibawa ke kabinet esok

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membawa isu potongan gaji berjadual (PGB), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat. Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, Syed Sadiq berkata sistem dan jumlah bayaran adil untuk golongan muda perlu dilaksanakan oleh PTPTN.