Sistem sokongan komuniti perlu ada di kawasan perumahan kos rendah

Perlu ada sistem sokongan komuniti bagi membantu ibu bapa menjaga anak-anak kecil khususnya di kawasan perumahan kos rendah, sewaktu mereka keluar bekerja. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu akan dimuktamadkan di bawah Dasar Komuniti Negara, yang akan dilancarkan hujung bulan ini.