Skandal 1MDB dimasukkan dalam Sejarah Malaysia

Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1MDB dimasukkan ke dalam silibus Sejarah Malaysia yang baharu sebagai satu usaha memastikan ia dipelajari, dan tidak akan diulangi oleh generasi akan datang. Menterinya, Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) berkata, turut akan dimasukkan dalam silibus itu ialah senarai kes-kes besar khazanah negara yang beliau dakwa disamun oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.