Skandal RM13.5 juta: Isteri salah seorang suspek ditahan

Seorang wanita tempatan dipercayai isteri salah seorang daripada tiga suspek kes rampasan wang tunai RM13.5 juta di Kota Kinabalu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah tengah hari tadi. Penahanan wanita berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap Jabatan Imigresen kepada 21 orang setakat ini.