Tutup

Skim makanan berkhasiat perlu di sekolah -Jomo

Skim sarapan dan makan tengah hari yang menghidangkan makanan yang berkhasiat dan penuh mikronutrien perlu dilaksanakan di sekolah seluruh negara. Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, mencadangkan perkara itu melalui kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pendidikan.