Skim Peduli Kesihatan masih dalam fasa projek perintis - Dzulkefly

Skim Peduli Kesihatan (Peka B40) masih dalam fasa projek perintis dan belum lagi dilancarkan sepenuhnya. Menurut Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pelancaran yang diadakan pada 28 Januari lalu merupakan sesi pelancaran media yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Skim Peka B40.