SKMM, KPDNHEP giat kerjasama tangani cetak rompak

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempergiat kerjasama dengan Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menangani isu cetak rompak susulan pelaksanaan siaran televisyen digital di Malaysia. Ketua Pegawai Sektor Digital SKMM, Gerard Lim berkata pemilik hak cipta perlu membuat aduan sekiranya terdapat pihak tanpa lesen menyiarkan atau menyalahguna kandungan mereka.