SKMM perlu tegas menangani fitnah - Ahmad Maslan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak tegas dan pantas dalam menangani fitnah dan penyebaran maklumat palsu melalui internet serta aplikasi telefon mudah alih menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan itu bagi menyekat maklumat tidak sahih serta mengelakkan lebih banyak kekeliruan serta menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.