SKMM sekat laman sayakenahack.com

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memaklumkan pihaknya sudah membuat sekatan terhadap laman https://sayakenahack.com pada Jumaat. Sekatan dibuat selepas SKMM mendapat permohonan daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta Perlindungan Peribadi 2010, Seksyen 130 Akta 709.