Video  |  Malaysia

Skolafund.com harungi cabaran teknokeusahawanan

Keusahawanan teknologi adalah satu cabang inovasi yang penuh dengan cabaran. Ia boleh dipelajari, tetapi faktor kejayaan masih lagi berdasarkan kepada minda serta kemahiran seseorang usahawan itu. Tiga anak muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan National University Of Singapore menyahut cabaran berkenaan. Gabungan mereka telah menghasilkan platform, pengumpulan dana biasiswa, Skolafund.com.