Skuad The Red Giant akhirnya dapat uji padang di Stadium Shah Alam

Berita baik buat The Red Giants yang akhirnya dapat uji padang keramat mereka di Stadium Shah Alam tiga hari sebelum sepak mula musim 2019 Liga Super menentang Felda United. Selangor sebelum ini terpaksa berputih mata apabila tidak dapat menganjurkan sebarang aksi pra musim di Stadium Shah Alam.