SOP hadapi bencana kimia perlu diwujudkan - Penduduk

Prosedur Operasi Standard SOP pelajar menghadapi bencana melibatkan kimia termasuk pencemaran perlu diwujudkan. Itu antara rumusan penting dalam sesi dialog meja bulat antara ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim bersama penduduk daerah itu. Jelasnya, penutupan sementara kilang kimia berlesen yang tidak mematuhi peraturan juga perlu dilakukan pihak berkuasa.