SOSMA, POTA: perlu ada, tapi akan dikaji semula

Akta berkaitan keselamatan negara serta hukuman mati seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 POTA dan Akta Kesalahan Keselamatan (langkah -langkah khas) 2012 SOSMA perlu ada bagi menjamin keselamatan negara. Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan ada keperluan untuk mengkaji semula akta tersebut supaya tidak melanggar hak asasi manusia.