SPR catat 45 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

Seramai 45 peratus pengundi keluar bagi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih setakat jam 11 pagi ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata ia melibatkan 858 pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis pasukan gerakan am dan pasangan.