SPR jangka 70 peratus peratusan keluar mengundi pada PRK Port Dickson

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan pengundi sekitar 70 peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang dijadualkan pada 13 Oktober. Pengerusi spr Azhar Harun berkata ini berdasarkan kepada faktor termasuk barisan calon yang dijangka menjadi tarikan kepada pengundi di kawasan itu.