SPR keluarkan 177 kertas undi pos bagi PRK Parlimen Sandakan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan 177 kertas undi pos bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan. Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata pengeluaran kertas undi pos bermula pada jam 11 pagi dan dijalankan oleh petugas pilihan raya di Dewan Persidangan Tingkat 1, Wisma Perbandaran Sandakan. Ini meliputi kategori undi pos yang membabitkan lima Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.