Tutup

SPR rekod 37 kesalahan, BN dahului senarai kesalahan bahan kempen

Sebanyak 37 kesalahan telah direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai antara 2 hingga 6 November lalu. Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata, daripada jumlah itu, Barisan Nasional membuat 20 kesalahan bagi pemasangan bahan kempen (Statik), diikuti Pakatan Harapan (8), dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (5).