SPR sedia 100 peratus hadapi PRK Cameron Highlands

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia 100 peratus untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang akan berlangsung esok. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, seramai 811 petugas akan menjalankan tugas pada hari pengundian, dengan 29 pusat mengundi dan 86 saluran pengundian bagi proses pengundian.