SPR tentukan tarikh PRK DUN Rantau Rabu ini

Bila pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan diketahui Rabu ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi bincang tarikh-tarikh penting urusan PRK itu. Antaranya tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan.