SPRM akan diberi kuasa siasat proksi

Kerajaan akan meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi membenarkan pihak berkuasa mengetahui siapa pemilik sebenar sesuatu kepentingan ketika menjalankan siasatan. Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mereka akan memasukkan peruntukan baharu, iaitu mengenai tanggungjawab mendedahkan pemunya benefisiari, ke dalam akta tersebut.