SPRM beri taklimat kepada Majlis Presiden PH

Majlis Presiden Pakatan Harapan diberi taklimat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan isu pembiayaan parti politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas Perdana Menteri, setiap parti memerlukan wang untuk melaksanakan tugas, tetapi kini tidak boleh lagi menerima apa-apa dana atau sumbangan daripada mana-mana pihak.