SPRM buka bilik gerakan PRK Cameron

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membuka bilik gerakan untuk pilihan raya kecil Cameron Highlands bermula 12 Januari sehingga tamat proses demokrasi itu. Bilik gerakan utama dibuka di Pejabat SPRM Perak di Ipoh manakala bilik gerakan transit di Cameron Highlands dibuka di CH Merlin Inn, Tanah Rata.