Tutup

SPRM menyahbeku dua akaun saham milik Arul Kanda

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyahbeku dua akaun saham sistem Central Depository System (CDS) milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy. Perkara itu dimaklumkan Peguam Datuk N Sivananthan yang mewakili Arul Kanda ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan pada Rabu.