Tutup

SPRM sahkan akan ada tangkapan lain selepas Phee Boon Poh

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang Dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi membantu siasatan kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lalu. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI. Menurutnya, siasatan lanjut kes berkenaan masih dijalankan.