SPRM tubuh pasukan khas teliti laporan Ketua Audit Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menubuhkan pasukan petugas khas untuk meneliti pendedahan laporan Ketua Audit Negara sebelum sebarang tindakan diambil jika terdapat unsur rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata pihaknya telah diberikan taklimat dan menerima laporan penuh audit itu.