Tutup

Sri Aman diselimuti jerebu tebal

Sebanyak 298 sekolah di lapan daerah di Sarawak di tutup hari ini akibat jerebu dengan Sri Aman merekodkan kualiti udara tahap bahaya dengan bacaan 397 petang Selasa. Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan berkata ia melibatkan 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah di Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman dan Lundu.